Thursday 27 December 2012

MINGGU 14 : PRESENTATION TERAKHIR

Detik demi detik, saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari , minggu demi minggu. Sampai sudah kita ke minggu ke 14 merupakan minggu terakhir kita dalam kursus ini. Sedih gembira sayu semua perasaan ada yang tak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, kita tetap kena melaksanakan tugasan yang terakhir ini . Bagi tugasan terakhir ini kami dikehendaki untuk membuat slide presentation yang melibatkan semua yang telah belajar seperti OPEN OFFICE(IMPRESS), tentang tajuk masing2 . Bagi yang sedia maklum tajuk saya adalah "ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER"
Bagi pembentangan terakhir ini,kami perlu memasukkan segala apa yang kami pelajari sepanjang kelas ini sebagai contoh animasi, audio, video, dan sebagainya. Kumpulan saya dikehendaki membentangkan pada undin ketiga , akan tetapi banyak halangan yang kami hadapi. Sedih sangat tetapi apakan daya kami berjaya juga membentangkannya sebagai kumpulan terakhir. Alhamdulillah.

ini ada sedikit video tentang tajuk kami.

"penggunaan internet yang selamat"


didalam slide kami , kami ada memasukkan video ini tetapi tidak boleh dimainkan . 
 kami teruskan sahaja sehingga selesai. Alhamdulillah, semua rakan sekelas faham dan ada yang bertanya tentang tajuk kami. Segalanya berjalan lancar sehingga keakhirnya. Maka dengan itu, berakhirlah tugasan kami pada minggu terahir ini. 

Pada kelas terakhir ini juga kami telah membuat kejutan kepada Puan Hafizah . Kami mengadakan sedikit majlis perpisahan. Perasaan sedih menyinggah ke lubuk hati apabila lagu2 sedih dimainkan disamping dua orang rakan saya iaitu Pok Loh dan Zaim telah membacakan sajak perpisahan.

disini ada sedikit gambar akhir kelas kami. Credit to kak NURSYA JULIA :) boleh singgah blog dia sekali ---> blog kak ju :)

kek sedap khas untuk Pn.Hafizah


saya berbaju pink =)

will miss you Pn.Hafizah 

maka berakhirlah kelas komputer dalam pendidikan kami. Semoga segala perkongsian yang saya kongsikan dapat membantu anda-anda mempraktikkannya. Semoga berjumpa lagi. =)


dan akhir kata :



assalamualaikum :D

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Monday 10 December 2012

MINGGU 12 : OPENOFFICE (IMPRESS)

Assalamualaikum dan salam bestari semua :) sehat ? harap sihat2 selalu . baiklah, minggu ke 12 dah kita kan. cepatnya masa berlalu . kiranya dalam 2 minggu lagi kita akan belajar kursus komputer dalam pendidikan ni. akan tetapi walaupun kelas dh habis jangan kita tinggalkan apa yang telah kita pelajari ^_^ banyak yang kita dapat kan ? 

pada minggu ke 12 ni, kelas kami telah digabungkan lagi sekali dengan kelas dr.siti. Banyak yang telah diajar oleh Dr.Siti pada minggu ini antaranya membuat broucher dan booklet menggunakan microsoft words,cara download video dari youtube menggunakan keepvid dan skydrive. Dr.Siti juga telah menunjukkan video2 di youtube mengenai skill presentation dari luar2 negara. Memang hebat2 belaka. Dan Dr.Siti menyarankan kami untuk mengaplikasikan apa yang telah dilihat dari video tersebut. 

Berbalik kepada kelas kami, Pn. Hafizah telah menerangkan bagaimana untuk menggunakan OPENOFFICE(IMPRESS). 

Apa itu OPENOFFICE(IMPRESS) ni ? 

ini adalah logo OPENOFFICE(IMPRESS)

Openoffice ini adalah salah satu software yang mempunyai persamaan dengan Microsoft power point. Ia digunakan untuk membuat slide show power point. Menarik bukan ? Jom kita teroka bagaimana cara menggunakan openoffice ini (^_^)


1)kena install terlebih dahulu sebelum menggunakan software ini. 
2)kemudian, tekan kepada OPENOFFICE IMPRESS. 

maka, akan keluar seperti ini :


tandakan di "from template"

seterusnya.....


pilih background yang anda minati. Pelbagai pilihan ada :) hehe


kemudian, akan keluar seperti diatas. Pilih effect yg anda ingin dan tekan CREATE. Dan akan jadi seperti dibawah.


 lihat ! akan keluar seperti slide show power point yang selalu kita gunakan ? pelbagai background ada. boleh la kawan2 try ye . hehe :D jika bosan menggunakan microsoft power point yang selalu kita gunakan, bolehlah kita guna yang ini. sangat senang dan mudah :) Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan lupa siapkan tugasan ini . Sekian terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi . Assalamualaikum ~ 


semoga hari ini lebih bak daripada semalam, aminn :) 







TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

MINGGU 11 : MICROSOFT PUBLISHER


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaf kerana saya agak lewat untuk berkongsi apa yang saya belajar minggu ke 11 ni. Baiklah, pada minggu ini, Pn. Hafizah kami dah datang ke kelas. Beliau dah sihat :) hehe. Pertama sekali, sebelum memulakan pelajaran ,kami diminta untuk mengimbas kembali apa yang telah belajar pada minggu ke 10. Alhamdulillah, kami tidak lupa apa yang telah diajar oleh Dr.Siti. 

Setelah itu, kami diajar oleh Pn.Hafizah untuk menggunakan Microsoft Publisher. Dimana, dengan microsoft publisher ini, kita boleh membuat broucher, booklet dan macam2 lagi. Pelbagai benda yang kita boleh buat tanpa perlu menggunakan microsoft word. Amat mudah dan menarik kerana telah disediakan template2 yang warna warni dan cantik :) jom kita belajar bagaimana untuk menggunakannya. 

pertama sekali, 

klik ke menu taskbar laptop masing2 dan tekan microsoft publisher,
 seterusnya akan keluar seperti dibawah.

klik pada BROUCHER

Akan keluar ini, dan anda dikehendaki pilih template yang diingini
maka, keluar lah seperti ini .
sila klik untuk lebih jelas :)

langkah 2


isilah segala maklumat didalam broucher ini mengikut kreativiti masing2

senang bukan ? hanya dua langkah sahaja. kemudian print dan lipat kemudian boleh diedarkan .

baiklah, kita beralih kepada booklet pula :D jom kita meneroka ! 

 langkah 1 : tekan  microsoft publisher juga :) 
langkah 2 : tekan NEWSLETTER seperti dibawah ~


pilih mengikut citarasa masing :D

saya pilih yang ini , hehe

langkah terakhir, seperti biasa isi booklet tersebut dan hias ikut kreativiti masing :D senang juga kan ? Selamat mencuba kawan2 ! 

akhir kata, apa yang saya dapat dari microsoft publisher ini adalah merupakan satu software yang sangat mudah untuk digunakan dan juga mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakannya. 

sebagai peringatan untuk kawan2 semua, bak kata peribahasa
"tuntutlah ilmu walau sampai ke negara cina"

jangan kita berhenti mencari ilmu yang ada selagi kita hidup dimuka bumi ini. :) selamat malam kawan-kawan. terima kasih kerana membaca. 



 

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Tuesday 4 December 2012

MINGGU KE 10 : SAMBUNGAN SPSS

Selamat pagi kawan2 sekalian :) apa khabar ? harap sihat2 selalu. Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini untuk menjalani kehidupan seharian kita. Moga Allah permudahkan segalanya. aminnn (^_^)


    Entry kali ini merupakan sambungan daripada apa itu SPSS. Maaf kerana lewat untuk menulis tentang cara-cara menggunakan SPSS. Saya telah mempelajari kegunaan SPSS daripada rakan saya iaitu NOr Sakila Adila. Jadi, mari kita terokai apa yang kita boleh aplikasikan dalam soalselidik yang telah kita lakukan menggunakan SPSS :D 
    
      Pertama sekali, kita dikehendaki untuk INSTALL software SPSS terlebih dahulu. Kami dikehendaki meminta tolong daripada En.Mansor kerana kami tidak boleh install sendiri. Jadi sesiapa yang belum install lagi jumpalah En.Mansor dengan segera ye.hehe



klik gambar untuk lebih jelas.


langkah 2

pastikan anda tandakan pada variable view.

langkah 3

isi semua data-data berdasarkan survey yang telah kita lakukan.

langkah 4


klik pada data view terlebih dahulu

langkah 5


data yang telah diisi mengikut survey yang dilakukan 

langkah 6

pastikan tekan analyze terlebih dahulu k. 

langkah 7

,kemudian ikut seperti didalam gambar ini  (klik gambar untuk lebih jelas)


                                                                             langkah 8





maka, keluar lah segala maklumat2 yang kita isikan sebentar tadi. Dengan serta merta akan keluar bentuk yang kita pilih sama ada bar chat, pie chart atau sebagainya. 

mudah bukan ?? selamat mencuba :) sampai sini shaja perkongsian saya. terima kasih kerana sudi membaca. assalamualaikum. berjumpa lagi kita :D


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Saturday 24 November 2012

MINGGU 10 : MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Salam bestari kawan2 ! :) berjumpa kembali kita selepas seminggu cuti di rumah. tentu banyak cerita yang anda semua ingin ceritakan sepanjang percutian anda kan, hehe :D tak apa, itu kita boleh tangguh kan seketika. Dahulukan pelajaran dulu ok.

Pada mingu ke 10 ini, pensyarah kesayangan kami iaitu Pn.Hafizah tidak dapat hadir atas sebab demam. Kami amat simpati dan berdoa agar Pn cepat sembuh. Aminn :) 

Apa yang kami pelajari pada mingu ini ialah mengenai ....

              MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN


pelbgai jenis multimedia yang kita boleh gunakan dalam  pendidikan. Jadi, Dr Siti telah menerangkan juga mengenai multimedia ini. Banyak yang kita boleh lakukan antaranya kita boleh membuat bisnes melalui multimedia ini , pendidikan dan pelbagai lagi. Antara yang Dr.Siti terangkan adalah mengenai 
"2D Graphic Editing Software" .

Terdapat bayak software yang kita boleh gunakan antaranya ialah.. 

  1. Microsoft Paint  / Paint Brush
  2. Shapes/smart Art PowerPoint
  3. GIMP  (OSS)
  4. Online – google draw (collaborative drawing) 
  5. OpenOffice Draw (OSS)


    contoh dari google draw

    contoh dari microsoft paint


    contoh edit gambar menggunakan GIMP (OSS) 

       Buat pengetahuan semua,bagi GIMP dan OpenOfficeDraw perlu di  install kan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. 

       Kami juga telah diterangkan oleh Dr.Siti mengenai jenis2 gr gaphic yang ada iaitu Vector dan Bitmap images serta Graphic/Image file format iaitu JPEG, GIFF, TIFF, BMP, PNG, WMF. Jadi ini adalah sesuatu yang baru yang kami baru belajar mengenainya. Jika sebelum ini kami hanyalah menggunakan tanpa mengenal apakan jenis2 graphic yang ada. Setelah Dr.Siti menerangkan serba sedikit tentang multimedia ini, kami dikehendaki untuk menerokai segala jenis multimedia sama ada melalui microsoft paint dan google draw. 

       Sekian dahulu perkongsian saya pada minggu ke 10 ini =) harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu kawan2 walaupun sedikit. Sekian dari saya anak pak cik Ramli :D Asslamualaikum~


    #akhir kata dari saya, "senyumlah kita pada setiap hari, 
    janganlah bersedih disepanjang hari" seperti beruang ini :) bye bye.



     --------------------------------->>>>>>>







TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

MINGGU 9 : SPSS

Salam sejahtera, salam bestari dan salam 1 malaysia kepada kawan2 semua :) bagi yang islam, pastikan jawab salam diatas. Terima kasih .

Pertama sekali alhamdulillah, kita berjumpa lagi pada minggu ke-9. =D Saya ingin memohon maaf kepada Pn.Hafizah kerana pada mingu ini saya tidak dapat hadir ke kelas atas sebab saya menjadi Sukarelawan SUKIPT. Terasa sayang untuk tidak menghadiri kelas pada minggu ini kerana kelas pada minggu ini akan belajar sesuatu yang baru iaitu SPSS (Statistical Package for Social Science).

Oleh kerana saya tidak dapat menghadiri kelas pada minggu ini, jadi saya tidak mengetahui apa itu SPSS . Apa yang telah diterankan oleh Pn.Hafizah pada minggu ke 8 adalah tentang cara-cra untuk mengunakan SPSS ini untuk menganalisis data. Selain itu memudahkan kita untuk membuat carta pai atau membuat perbadingan. Ini adalah satu cara yang mudah untuk diaplikasikan didalam pembelajaran. Jadi, untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut, saya akan meminta kawan saya untuk mengajar bagaimana menggunakan sistem  tersebut. Saya harap saya tidak ketinggalan walaupun tidak hadir ke kelas. 

Akhir kata, saya memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat hadir ke kelas. Saya akan belajar mengenai SPSS ini dan akan update kan ke entry seterusnya. Sekian terima kasih :) 




Sebelum saya mengundur diri. Jadilah kata-kata diatas sebagai pedoman hidup bagi kita semua :D semoga berjumpa di lain enty. Assalamualaikum w.b.t ~
 
                                             #akan bersambung...
                                                    


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Sunday 4 November 2012

MINGGU 8 : PRESENTATION

SALAM BESTARI & SELAMAT MALAM KAWAN2  =)
hye kawan2 yang cantik kacak sekalian :) hehehe. pastikan jawab salam terlebih dahulu :D Minggu nih merupakan minggu ke 8 saya dan rakan2 belajar dalam kelas komputer dalam pendidikan ni.byk yg sy pelajari dlm kelas ni. terima kasih kepada pn.Hafizah yang banyak mengajar kami ^_^ 

Pada minggu nih, kami semua dikehendaki untuk membuat presentation berdasarkan tajuk2 yang kami dapat. Seperti yg sedia maklum, kumpulan saya dapat tajuk etika dalam penggunaan internet dan komputer. Jadi saya dan rakan tugasan saya dikehendaki membentangkan tajuk tersebut. Alangkah sedihnya saya dikehendaki membentangkan seorang diri. Hal ini kerana NOR SAKILA ADILA (pasangan tugasan) sibuk dengan menjadi sukarelawan SUKIPT.:( , Walaubagaimanapun, alhamdulillah, saya berjaya bentangkan seorang diri dihadapan kelas :)
 
semua rakan faham dan tidak banyak soalan tentang tajuk saya, hehe. ini lagi memudahkan saya untuk menamatkan pembentangan tersebut. Pn.Hafizah cakap tajuk ni senang dan clear. Jadinya tidak lah ramai yg bertanyakan soalan. :D 

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada minggu ke 8 :) semoga kita berjumpa lagi pada minggu ke 9 :D insyaAllah. bye2, assalamualaikum semua , SELAMAT MALAM ~

SEMOGA MENDAPAT MIMPI INDAH =D



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Tuesday 23 October 2012

MINGGU 7 : PENGENALAN SPSS

Salam bestari semua :) bertemu kembali kita dipagi yang indah ini, dengan kedengaran burung berkicauan, ayam berkokok, dan air embun jatuh ke bumi. ngee. Pada minggu ini, kami tidak mempelajari sesuatu yang baru kerana ramai yang tidak hadir ke kelas . Mereka masing2 telah pulang ke kampung halaman masing2. dah nak raya haji kan. hehe. Jadi, tinggal lah kami 9 orang dalam kelas ini. Pn hafizah cakap, yang datang ni boleh la bagi markah lebih. kih3

Baiklah, pada minggu ini kami hanya diminta oleh Pn.Hafizah untuk menyiapkan segala tugasan yang belum selesai. Selain itu, kami dikehendaki untuk mencari maklumat tentang apa itu SPSS ?
 
Pn. hafizah hanya menerangkan serba sedikit tentang SPSS ini. SSPS ini merupakan satu perisian yang boleh digunakan untuk membuat carta pie, statistik atau yang berkaitan dengannya. 
kemudian pada minggu hadapan, kami juga dikehendaki membuat presentation tentang tajuk yg kani dapat.Setakat ini sahaja kami diperkenalkan tentang SPSS ini. Selanjutnya akan diterangkan pada minggu hadapan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum. 



TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

MINGGU 6 : GOOGLE DOCS (SURVEY)

Hye semua ;) berjumpa kembali kita. Ini merupakan sambungan daripada entry sebelum ini. Selain SURVEY MONKEY,kami telah diterangkan oleh Puan Hafizah tentang penggunaan GOOGLE DOCS  untuk membuat soalan-soalan survey. Google docs pernah diterangkan sebelum ini pada refleksi minggu ke 3, harap anda dapat rujuk disitu.
 
Baiklah,ini adalah antara langkah2 yang perlu diikuti untuk menggunakan aplikasi ini. 

Selamat mencuba kawan2 ! :D

1) pertama sekali, anda dikehendaki untuk pergi ke google docs 
--> https://drive.google.com/#

2) seterusnya...
tekan pada CREATE, pilih FORM.

3) Akhir sekali, anda boleh la membuat soalan-soalan menggunakan google docs ini.


anda boleh la membuat soalan, lebih 10 pon boleh tau. hehe. ini adalah salah satu kelebihan menggunakan GOOGLE DOCS ini :)

dibawah ini adalah contoh bagi soalan kami :) 



minta kerjasama anda untuk menjawab , terima kasih kawan2. hehe.

sebagai kesimpulan, bagi pandangan saya, kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan masing-masing. bagi google doc, boleh membuat lebih daripada 10 soalan berbanding dengan survey monkey.

akan tetapi, survey monkey adalah lebih mudah digunakan dan pelbagai berbanding dengan google docs. jadi, tidak kisah untuk kita menggunakan yang mana satu. apa yang penting adalah kita mengetahui dan boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan.

setakat ini sahaja perkongsian saya pada malam ini. semoga berjumpa lagi. assalamualaikum :D 


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

FOLLOW+ DASHBOARD♥