Wednesday 26 September 2012

MINGGU 3 : COURSE/LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. :D

 Berjumpa kembali kita di entry kedua saya. hehe. Ini merupakan minggu ketiga saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan. Hari ini, kami di ajar oleh Pn. Hafizah bagaimana untuk menggunakan dropbox yang telah kami cipta mminggu lalu. 

 Selepas itu, kami dikehendaki untuk menerokai dengan lebih mendalam apa itu Course Management Systen dan Learning Management. Banyak yang saya perolehi mengenai CMS/LMS pada hari ini. Berikut adalah sumber-sumber yang saya perolehi dan diringkaskan supaya saya lebih memahami apa itu CMS/LMS. Mari terokai bersama-sama :) 



Apakah CMS/LMS ?

CMS ialah satu sistem dalam talian yang bertujuan untuk membantu pensyarah menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web kepada para pelajar supaya pelajar mudah untuk berinteraksi dengan pensyarah. Ini merupakan salah satu cara pelajar dan pensyarah berinteraksi antara satu sama lain.

LMS pula ialah satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar.Kebanyakan LMS sistem berasaskan web yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana jua.

Kenapa kita perlu menggunakan CMS/LMS ini ?

Kita perlu menggunakan CMS/LMS ini bertujuan untuk persediaan satu aspek pentadbiran seperti rakaman gred dan lain-lain.

Selain itu, ia berurusan secara langsung dengan aspek-aspek teras pengajaran seperti objek pembelajaran,latihan,kuiz dan latihan. Dengan menggunakan sistem ini, pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan pembelajaran yang telah disediakan didalam sistem ini.

Disamping itu, sistem ini dapat menjimatkan masa dan meningkatkan sistem pembelajaran pelajar tersebut. Terdapat juga satu penilaian online seperti kuiz dan latihan didalam sistem ini, jadi ia dapat memudahkan pelajar untuk menjawab melalui sistem ini sebelum peperiksaan tiba.

Dimana sistem ini digunakan ?

Sistem ini biasanya digunakan di dalam sektor pendidikan seperti dalam pengurusan sekolah dan universiti. Sebagai contoh e-pembelajaran, Ifolio, SPIN dan lain-lain. Semua sistem ini dapat memudahkan pensyarah dan pelajar berinteraksi secara dua hala di alam maya.

Siapa yang menggunakan sistem ini ?

Kebiasaannya sistem ini digunakan oleh pelajar-pelajar di Universiti dan kolej.
Selain itu, sistem ini juga digunakan oleh guru-guru dan kakitangan yang bekerja dalam sektor kerajaan yang memerlukan talian web untuk membuat kerja-kerja.

 Bagaimana menggunakan sistem ini ?

Cara untuk menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian LMS untuk mewujudkan penilaian yang tepat dan relevan . Modul penilaian yang digunakan akan menjadi menarik jika ia direka baik untuk pelajar.
Selain itu, jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak akan menghadapi masalah didalam penggunaan sistem ini. Dan akhirnya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Kelebihan menggunakan sistem ini

1) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian.
2) Boleh di akses dimana sAhaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet.
3) Pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya diatas talian sahaja.
4) Menampung keseluruhan proses pembelajaran.

Perisisan Sumber Terbuka Untuk CMS/LMS

1) Moodle
Ia dikenali sebagai Modular Berorientasikan Objek Persekitaran Dinamik yang membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian. Ia mempunyai beberapa ciri seperti penyerahan tugas, muat turun fail, kuiz dan lain-lain.

2) Atutor
Ia digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan, pembangunan kerjaya, serta  pembangunan profesion guru dan penyelidikan akademik. Sistem ini juga dapat membantu orang buta dengan mendengar antara sistem muka dan bantuan pembaca skrin.

3) eFront
Dikenali sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya yang merupakan reka bentuk untuk membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.


Setakat ni sahaja yang saya dapat belajar pada kelas kali ini. Menarik bagi saya untuk menggunakan sistem ini :) saya harap anda mendapat manfaat dari perkongsian saya . Semoga brjumpa di lain entry. Assalamualaikum ~


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Tuesday 18 September 2012

MINGGU 1&2 : KURSUS KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua.


Selamat datang ke blog pertama saya dan harap anda semua dapat membaca entry pertama sayaini. Sebelum ini saya memang aktif di dalam bdunia blog. Jika ada masa kelapangan saya pasti menceritakan di dalam blog. Ini merupakan link blog saya yang tersedia ada http://ziera-ramli.blogspot.com/

Apa yang saya nak ceritakan di dalam entry baru saya ialah minggu pertama saya di dalam kursus komputer dalam pendidikan. Ini merupakan kursus yang kita semua belajar melalui komputer. Pertama sekali, kami telah dibahagikan melalui empat kumpulan dan saya merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan 4. Seterusnya,  selepas kami dibahagikan kepada empat kumpulan, kami di minta untuk membuat akaun yahoo dan google yang baru. Akaun tersebut hendaklah dicipta menggunakan nama penuh sebagai tanda pengenalan bagi diri kita. Ini merupakan alamat rasmi yang memudahkan pensyarah mengenali kita melalui email rasmi tersebut. 

Selain itu, kami dikehendaki untuk membuat yahoo group, facebook group, dan diminta untuk menyertai group GE1155-2012-2013. Didalam group tersebut, kami dapat berinteraksi sesama semua ahli kumpulan yang lain dan pensyarah-pensyarah. Ini memudahkan segala pertanyaan dan urusan yang  perlu diselesaikan.


Pada minggu kedua, kami  dikehendaki untuk membuat akaun blog yang digunakan sebagai tempat untuk dikongsikan tentang pembelajaran yang telah kita belajar . Melalui perkongsian di dalam blog tersebut, ini dapat memudahkan kami untuk mengulangkaji pelajaran semasa peperiksaan akhir. 

Disamping itu, kami juga belajar untuk mecipta dropbox yang merupakan satu fail. Dropbox ini merupakan salah satu kemudahan yang boleh digunakan untuk pelajar. Segala maklumat yang ingin dikongsikan boleh dikongsikan di dalam dropbox itu. 



segala maklumat boleh di share kan didalam dropbox tersebut. Apabila kita ingin melihat kembali, memudahkan kita untuk merujuknya. Dropbox amat memudahkan para pelajar dalam sesi pembelajaran mereka.



Akhir sekali, saya amat gembira mengambil kursus komputer dalam pendidikan ini kerana ia merupakan hobi saya iaitu melayari internet. Walaupun sebelum ini saya telah mempunyai akaun blog sendiri, saya tetap gembira kerana dapat dikongsikan di dalam blog ini.
Sekian terima kasih, semoga dapat berjumpa di lain entry.

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

FOLLOW+ DASHBOARD♥