Berjumpa kembali kita di entry kedua saya. hehe. Ini merupakan minggu ketiga saya di dalam kelas komputer dalam pendidikan. Hari ini, kami di ajar oleh Pn. Hafizah bagaimana untuk menggunakan dropbox yang telah kami cipta mminggu lalu.
Selepas itu, kami dikehendaki untuk menerokai dengan lebih mendalam apa itu Course Management Systen dan Learning Management. Banyak yang saya perolehi mengenai CMS/LMS pada hari ini. Berikut adalah sumber-sumber yang saya perolehi dan diringkaskan supaya saya lebih memahami apa itu CMS/LMS. Mari terokai bersama-sama :)
Apakah
CMS/LMS ?
CMS
ialah satu sistem dalam talian yang bertujuan untuk membantu pensyarah
menghantar maklumat dan pembelajaran melalui web kepada para pelajar supaya
pelajar mudah untuk berinteraksi dengan pensyarah. Ini merupakan salah satu
cara pelajar dan pensyarah berinteraksi antara satu sama lain.
LMS
pula ialah satu pakej perisian pada skala yang besar yang membolehkan
pengurusan dan penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar.Kebanyakan LMS
sistem berasaskan web yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana jua.
Kenapa
kita perlu menggunakan CMS/LMS ini ?
Kita
perlu menggunakan CMS/LMS ini bertujuan untuk persediaan satu aspek pentadbiran
seperti rakaman gred dan lain-lain.
Selain
itu, ia berurusan secara langsung dengan aspek-aspek teras pengajaran seperti
objek pembelajaran,latihan,kuiz dan latihan. Dengan menggunakan sistem ini,
pelajar boleh berinteraksi dengan pensyarah dan menerokai kandungan
pembelajaran yang telah disediakan didalam sistem ini.
Disamping
itu, sistem ini dapat menjimatkan masa dan meningkatkan sistem pembelajaran
pelajar tersebut. Terdapat juga satu penilaian online seperti kuiz dan latihan
didalam sistem ini, jadi ia dapat memudahkan pelajar untuk menjawab melalui
sistem ini sebelum peperiksaan tiba.
Dimana
sistem ini digunakan ?
Sistem
ini biasanya digunakan di dalam sektor pendidikan seperti dalam pengurusan
sekolah dan universiti. Sebagai contoh e-pembelajaran, Ifolio, SPIN dan
lain-lain. Semua sistem ini dapat memudahkan pensyarah dan pelajar berinteraksi
secara dua hala di alam maya.
Siapa yang menggunakan sistem ini ?
Kebiasaannya
sistem ini digunakan oleh pelajar-pelajar di Universiti dan kolej.
Selain
itu, sistem ini juga digunakan oleh guru-guru dan kakitangan yang bekerja dalam
sektor kerajaan yang memerlukan talian web untuk membuat kerja-kerja.
Bagaimana
menggunakan sistem ini ?
Cara
untuk menggunakan sistem ini ialah gunakan modul penilaian LMS untuk mewujudkan
penilaian yang tepat dan relevan . Modul penilaian yang digunakan akan menjadi
menarik jika ia direka baik untuk pelajar.
Selain
itu, jelaskan penilaian pembelajaran kepada pelajar supaya mereka tidak akan
menghadapi masalah didalam penggunaan sistem ini. Dan akhirnya proses
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Kelebihan
menggunakan sistem ini
1)
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian.
2)
Boleh di akses dimana sAhaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet.
3)
Pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya
diatas talian sahaja.
4)
Menampung keseluruhan proses pembelajaran.
Perisisan
Sumber Terbuka Untuk CMS/LMS
1)
Moodle
Ia
dikenali sebagai Modular Berorientasikan Objek Persekitaran Dinamik yang
membantu pendidik untuk mewujudkan kursus-kursus dalam talian. Ia mempunyai
beberapa ciri seperti penyerahan tugas, muat turun fail, kuiz dan lain-lain.
2)
Atutor
Ia
digunakan dalam pelbagai konteks termasuk kursus dalam talian pengurusan,
pembangunan kerjaya, serta pembangunan
profesion guru dan penyelidikan akademik. Sistem ini juga dapat membantu orang
buta dengan mendengar antara sistem muka dan bantuan pembaca skrin.
3)
eFront
Dikenali
sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya yang merupakan reka bentuk untuk
membantu dengan penciptaan komuniti pembelajaran dalam talian.
Setakat ni sahaja yang saya dapat belajar pada kelas kali ini. Menarik bagi saya untuk menggunakan sistem ini :) saya harap anda mendapat manfaat dari perkongsian saya . Semoga brjumpa di lain entry. Assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment