Monday 10 December 2012

MINGGU 11 : MICROSOFT PUBLISHER


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaf kerana saya agak lewat untuk berkongsi apa yang saya belajar minggu ke 11 ni. Baiklah, pada minggu ini, Pn. Hafizah kami dah datang ke kelas. Beliau dah sihat :) hehe. Pertama sekali, sebelum memulakan pelajaran ,kami diminta untuk mengimbas kembali apa yang telah belajar pada minggu ke 10. Alhamdulillah, kami tidak lupa apa yang telah diajar oleh Dr.Siti. 

Setelah itu, kami diajar oleh Pn.Hafizah untuk menggunakan Microsoft Publisher. Dimana, dengan microsoft publisher ini, kita boleh membuat broucher, booklet dan macam2 lagi. Pelbagai benda yang kita boleh buat tanpa perlu menggunakan microsoft word. Amat mudah dan menarik kerana telah disediakan template2 yang warna warni dan cantik :) jom kita belajar bagaimana untuk menggunakannya. 

pertama sekali, 

klik ke menu taskbar laptop masing2 dan tekan microsoft publisher,
 seterusnya akan keluar seperti dibawah.

klik pada BROUCHER

Akan keluar ini, dan anda dikehendaki pilih template yang diingini
maka, keluar lah seperti ini .
sila klik untuk lebih jelas :)

langkah 2


isilah segala maklumat didalam broucher ini mengikut kreativiti masing2

senang bukan ? hanya dua langkah sahaja. kemudian print dan lipat kemudian boleh diedarkan .

baiklah, kita beralih kepada booklet pula :D jom kita meneroka ! 

 langkah 1 : tekan  microsoft publisher juga :) 
langkah 2 : tekan NEWSLETTER seperti dibawah ~


pilih mengikut citarasa masing :D

saya pilih yang ini , hehe

langkah terakhir, seperti biasa isi booklet tersebut dan hias ikut kreativiti masing :D senang juga kan ? Selamat mencuba kawan2 ! 

akhir kata, apa yang saya dapat dari microsoft publisher ini adalah merupakan satu software yang sangat mudah untuk digunakan dan juga mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakannya. 

sebagai peringatan untuk kawan2 semua, bak kata peribahasa
"tuntutlah ilmu walau sampai ke negara cina"

jangan kita berhenti mencari ilmu yang ada selagi kita hidup dimuka bumi ini. :) selamat malam kawan-kawan. terima kasih kerana membaca. 



 

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

No comments:

FOLLOW+ DASHBOARD♥