Detik demi detik, saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari , minggu demi minggu. Sampai sudah kita ke minggu ke 14 merupakan minggu terakhir kita dalam kursus ini. Sedih gembira sayu semua perasaan ada yang tak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, kita tetap kena melaksanakan tugasan yang terakhir ini . Bagi tugasan terakhir ini kami dikehendaki untuk membuat slide presentation yang melibatkan semua yang telah belajar seperti OPEN OFFICE(IMPRESS), tentang tajuk masing2 . Bagi yang sedia maklum tajuk saya adalah "ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER"
Bagi pembentangan terakhir ini,kami perlu memasukkan segala apa yang kami pelajari sepanjang kelas ini sebagai contoh animasi, audio, video, dan sebagainya. Kumpulan saya dikehendaki membentangkan pada undin ketiga , akan tetapi banyak halangan yang kami hadapi. Sedih sangat tetapi apakan daya kami berjaya juga membentangkannya sebagai kumpulan terakhir. Alhamdulillah.
ini ada sedikit video tentang tajuk kami.
"penggunaan internet yang selamat"
didalam slide kami , kami ada memasukkan video ini tetapi tidak boleh dimainkan .
kami teruskan sahaja sehingga selesai. Alhamdulillah, semua rakan sekelas faham dan ada yang bertanya tentang tajuk kami. Segalanya berjalan lancar sehingga keakhirnya. Maka dengan itu, berakhirlah tugasan kami pada minggu terahir ini.
Pada kelas terakhir ini juga kami telah membuat kejutan kepada Puan Hafizah . Kami mengadakan sedikit majlis perpisahan. Perasaan sedih menyinggah ke lubuk hati apabila lagu2 sedih dimainkan disamping dua orang rakan saya iaitu Pok Loh dan Zaim telah membacakan sajak perpisahan.
disini ada sedikit gambar akhir kelas kami. Credit to kak NURSYA JULIA :) boleh singgah blog dia sekali ---> blog kak ju :)
kek sedap khas untuk Pn.Hafizah
saya berbaju pink =)
will miss you Pn.Hafizah
maka berakhirlah kelas komputer dalam pendidikan kami. Semoga segala perkongsian yang saya kongsikan dapat membantu anda-anda mempraktikkannya. Semoga berjumpa lagi. =)
No comments:
Post a Comment