Monday, 7 January 2013

MINGGU 13 : BELANJAWAN DAN MARKAH PELAJAR

Salam Bestari kepada semua kawan2. Maaf kerana terlewat mengkongsikan apa yang saya belajar pada minggu ke 13. Pada minggu ini, kami dikehendaki untuk membuat Markah pelajar menggunakan Microsoft Excel dan Belanjawan Peribadi menggunakan OpenOffice Spreadsheet. Pn. Hafizh telah menerangkan kepada kami cara-cara hendak menggunakannya. mari kita terokai cara yang sangat mudah ini :) 

1) Markah Pelajar ( Microsoft Excel) 

langkah pertama
buka microsoft excel dan keluar ini .

langkah kedua

buat kolum untuk bilangan pelajar, nama pelajar , mata pelajaran dan markah kesuluruhan pelajar. Lihat contoh dibawah. 



 

langkah ketiga

buat senarai markah didalam kotak , seperti contoh dibawah.


ikut urutan seperti diatas. bagi untuk "DEFINE NAME" anda dikehendaki untuk meletakkan apa sahaja nama untuk kotak tersebut untuk memudahkan anda untuk memanggil kembali kotak tersebut untuk diisi di kotak gred :) paham tak ? hehehe

langkah keempat

buat kotak untuk average, minimum , maximum dan standard deviation.


Buat kotak untuk AVERAGE,MAXIMUM,MINIMUM ,STANDARD DEVIATION dan subjek seperti yang diatas.

Untuk item diatas menggunakan cara yang sama cuma tukar perkataan sahaja contohnya ,Min,Max dan sebagainya.

Min =Minimum
Max =Maximum
Stdev = Standard Deviation

cara-caranya  ialah, sila ikut urutan dibawah.

 
klik formulas ---> tekan "insert function" ----> akan keluar kotak diatas ---> tulis "AVERAGE" ----> tekan "GO" 
kemudian, highlight kan semua markah di bahagian BM . kemudian tekan ENTER :)

langkah kelima

Bilangan pelajar mengikut gred.sistem ini dimasukkan secara manual
langkah terakhir 

membuat graph. cara-caranya : 

highligtkan semua kotak bilangan pelajar mengikut gred ---> tekan insert ---> pilih bentuk graph yang anda inginkan --->ENTER ! :) mudah sajakan. 

maka siaplah MARKAH PELAJAR menggunakan Microsoft Excel. Selamat Mencuba kawan2 :) 


2) Belanjawan Peribadi( Open Office- Spreadsheet) 

langkah pertama 


akan keluar seperti ini .


anda dikehendaki untuk membuat belanjawan daripada bulan januari sehingga disember. seperti dibawah adalah contoh belanjawan saya. 


langkah kedua


Untuk buat tarikh-->right klik-->format cell-->pilih format date yang anda nak-->klik ok seperti anak panah yang ditunjukkan diatas-->untuk tarikh yang seterusnya cuma copy dan paste jerr...

langkah ketiga 


untuk mendapatkan Jumlah belanja: Klik sum-->hightlight kotak  perbelanjaan hari pertama seperti gambar diatas-->enter-->dapatlah hasilnya.

Elaun bulanan: Diisi secara manual

Manakala Baki bulan lepas: guna formula sum-->Klik kolum baki bulan lepas pada bulan sebelumnya.

Jumlah masuk: -->Guna formula sum-->klik kolum elaun bulanan tambah(+) dengan baki bulan lepas-->enter-->dapatlah hasilnya..

langkah keempat


Untuk baki : Masukkan formula manual iaitu klik dekat simbol (=)-->klik kolum jumlah masuk-->tekan simbol tolak (-)-->klik kolum jumlah belanja-->enter-->dapatlah jumlahnya..


langkah terakhir



Ulang langkah yang sama untuk membuat belanjawan sehingga satu tahun.Pada setiap sheet jangan lupa rename bulan secara tersusun sehingga sampai satu tahun iaitu bulan disember.

Akhirnya siap juga belanjawan saya. :) Alhamdulillah, sampai sini sahaja tutorial yang dapat saya kongsikan kepada rakan2 sekalian. Aemoga apa yang saya kongsikan selama ini dapat membantu. InsyaAllah. Assalamualaikum dan semoga berjumpa lagi.



















TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

No comments:

FOLLOW+ DASHBOARD♥