Thursday, 27 December 2012

MINGGU 14 : PRESENTATION TERAKHIR

Detik demi detik, saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari , minggu demi minggu. Sampai sudah kita ke minggu ke 14 merupakan minggu terakhir kita dalam kursus ini. Sedih gembira sayu semua perasaan ada yang tak dapat digambarkan. Walaubagaimanapun, kita tetap kena melaksanakan tugasan yang terakhir ini . Bagi tugasan terakhir ini kami dikehendaki untuk membuat slide presentation yang melibatkan semua yang telah belajar seperti OPEN OFFICE(IMPRESS), tentang tajuk masing2 . Bagi yang sedia maklum tajuk saya adalah "ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER"
Bagi pembentangan terakhir ini,kami perlu memasukkan segala apa yang kami pelajari sepanjang kelas ini sebagai contoh animasi, audio, video, dan sebagainya. Kumpulan saya dikehendaki membentangkan pada undin ketiga , akan tetapi banyak halangan yang kami hadapi. Sedih sangat tetapi apakan daya kami berjaya juga membentangkannya sebagai kumpulan terakhir. Alhamdulillah.

ini ada sedikit video tentang tajuk kami.

"penggunaan internet yang selamat"


didalam slide kami , kami ada memasukkan video ini tetapi tidak boleh dimainkan . 
 kami teruskan sahaja sehingga selesai. Alhamdulillah, semua rakan sekelas faham dan ada yang bertanya tentang tajuk kami. Segalanya berjalan lancar sehingga keakhirnya. Maka dengan itu, berakhirlah tugasan kami pada minggu terahir ini. 

Pada kelas terakhir ini juga kami telah membuat kejutan kepada Puan Hafizah . Kami mengadakan sedikit majlis perpisahan. Perasaan sedih menyinggah ke lubuk hati apabila lagu2 sedih dimainkan disamping dua orang rakan saya iaitu Pok Loh dan Zaim telah membacakan sajak perpisahan.

disini ada sedikit gambar akhir kelas kami. Credit to kak NURSYA JULIA :) boleh singgah blog dia sekali ---> blog kak ju :)

kek sedap khas untuk Pn.Hafizah


saya berbaju pink =)

will miss you Pn.Hafizah 

maka berakhirlah kelas komputer dalam pendidikan kami. Semoga segala perkongsian yang saya kongsikan dapat membantu anda-anda mempraktikkannya. Semoga berjumpa lagi. =)


dan akhir kata :



assalamualaikum :D

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Monday, 10 December 2012

MINGGU 12 : OPENOFFICE (IMPRESS)

Assalamualaikum dan salam bestari semua :) sehat ? harap sihat2 selalu . baiklah, minggu ke 12 dah kita kan. cepatnya masa berlalu . kiranya dalam 2 minggu lagi kita akan belajar kursus komputer dalam pendidikan ni. akan tetapi walaupun kelas dh habis jangan kita tinggalkan apa yang telah kita pelajari ^_^ banyak yang kita dapat kan ? 

pada minggu ke 12 ni, kelas kami telah digabungkan lagi sekali dengan kelas dr.siti. Banyak yang telah diajar oleh Dr.Siti pada minggu ini antaranya membuat broucher dan booklet menggunakan microsoft words,cara download video dari youtube menggunakan keepvid dan skydrive. Dr.Siti juga telah menunjukkan video2 di youtube mengenai skill presentation dari luar2 negara. Memang hebat2 belaka. Dan Dr.Siti menyarankan kami untuk mengaplikasikan apa yang telah dilihat dari video tersebut. 

Berbalik kepada kelas kami, Pn. Hafizah telah menerangkan bagaimana untuk menggunakan OPENOFFICE(IMPRESS). 

Apa itu OPENOFFICE(IMPRESS) ni ? 

ini adalah logo OPENOFFICE(IMPRESS)

Openoffice ini adalah salah satu software yang mempunyai persamaan dengan Microsoft power point. Ia digunakan untuk membuat slide show power point. Menarik bukan ? Jom kita teroka bagaimana cara menggunakan openoffice ini (^_^)


1)kena install terlebih dahulu sebelum menggunakan software ini. 
2)kemudian, tekan kepada OPENOFFICE IMPRESS. 

maka, akan keluar seperti ini :


tandakan di "from template"

seterusnya.....


pilih background yang anda minati. Pelbagai pilihan ada :) hehe


kemudian, akan keluar seperti diatas. Pilih effect yg anda ingin dan tekan CREATE. Dan akan jadi seperti dibawah.


 lihat ! akan keluar seperti slide show power point yang selalu kita gunakan ? pelbagai background ada. boleh la kawan2 try ye . hehe :D jika bosan menggunakan microsoft power point yang selalu kita gunakan, bolehlah kita guna yang ini. sangat senang dan mudah :) Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan lupa siapkan tugasan ini . Sekian terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi . Assalamualaikum ~ 


semoga hari ini lebih bak daripada semalam, aminn :) 







TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

MINGGU 11 : MICROSOFT PUBLISHER


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Maaf kerana saya agak lewat untuk berkongsi apa yang saya belajar minggu ke 11 ni. Baiklah, pada minggu ini, Pn. Hafizah kami dah datang ke kelas. Beliau dah sihat :) hehe. Pertama sekali, sebelum memulakan pelajaran ,kami diminta untuk mengimbas kembali apa yang telah belajar pada minggu ke 10. Alhamdulillah, kami tidak lupa apa yang telah diajar oleh Dr.Siti. 

Setelah itu, kami diajar oleh Pn.Hafizah untuk menggunakan Microsoft Publisher. Dimana, dengan microsoft publisher ini, kita boleh membuat broucher, booklet dan macam2 lagi. Pelbagai benda yang kita boleh buat tanpa perlu menggunakan microsoft word. Amat mudah dan menarik kerana telah disediakan template2 yang warna warni dan cantik :) jom kita belajar bagaimana untuk menggunakannya. 

pertama sekali, 

klik ke menu taskbar laptop masing2 dan tekan microsoft publisher,
 seterusnya akan keluar seperti dibawah.

klik pada BROUCHER

Akan keluar ini, dan anda dikehendaki pilih template yang diingini
maka, keluar lah seperti ini .
sila klik untuk lebih jelas :)

langkah 2


isilah segala maklumat didalam broucher ini mengikut kreativiti masing2

senang bukan ? hanya dua langkah sahaja. kemudian print dan lipat kemudian boleh diedarkan .

baiklah, kita beralih kepada booklet pula :D jom kita meneroka ! 

 langkah 1 : tekan  microsoft publisher juga :) 
langkah 2 : tekan NEWSLETTER seperti dibawah ~


pilih mengikut citarasa masing :D

saya pilih yang ini , hehe

langkah terakhir, seperti biasa isi booklet tersebut dan hias ikut kreativiti masing :D senang juga kan ? Selamat mencuba kawan2 ! 

akhir kata, apa yang saya dapat dari microsoft publisher ini adalah merupakan satu software yang sangat mudah untuk digunakan dan juga mempunyai pelbagai bentuk yang menarik. Amatlah rugi bagi sesiapa yang tidak menggunakannya. 

sebagai peringatan untuk kawan2 semua, bak kata peribahasa
"tuntutlah ilmu walau sampai ke negara cina"

jangan kita berhenti mencari ilmu yang ada selagi kita hidup dimuka bumi ini. :) selamat malam kawan-kawan. terima kasih kerana membaca. 



 

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

Tuesday, 4 December 2012

MINGGU KE 10 : SAMBUNGAN SPSS

Selamat pagi kawan2 sekalian :) apa khabar ? harap sihat2 selalu. Alhamdulillah, kita masih bernafas pada hari ini untuk menjalani kehidupan seharian kita. Moga Allah permudahkan segalanya. aminnn (^_^)


    Entry kali ini merupakan sambungan daripada apa itu SPSS. Maaf kerana lewat untuk menulis tentang cara-cara menggunakan SPSS. Saya telah mempelajari kegunaan SPSS daripada rakan saya iaitu NOr Sakila Adila. Jadi, mari kita terokai apa yang kita boleh aplikasikan dalam soalselidik yang telah kita lakukan menggunakan SPSS :D 
    
      Pertama sekali, kita dikehendaki untuk INSTALL software SPSS terlebih dahulu. Kami dikehendaki meminta tolong daripada En.Mansor kerana kami tidak boleh install sendiri. Jadi sesiapa yang belum install lagi jumpalah En.Mansor dengan segera ye.hehe



klik gambar untuk lebih jelas.


langkah 2

pastikan anda tandakan pada variable view.

langkah 3

isi semua data-data berdasarkan survey yang telah kita lakukan.

langkah 4


klik pada data view terlebih dahulu

langkah 5


data yang telah diisi mengikut survey yang dilakukan 

langkah 6

pastikan tekan analyze terlebih dahulu k. 

langkah 7

,kemudian ikut seperti didalam gambar ini  (klik gambar untuk lebih jelas)


                                                                             langkah 8





maka, keluar lah segala maklumat2 yang kita isikan sebentar tadi. Dengan serta merta akan keluar bentuk yang kita pilih sama ada bar chat, pie chart atau sebagainya. 

mudah bukan ?? selamat mencuba :) sampai sini shaja perkongsian saya. terima kasih kerana sudi membaca. assalamualaikum. berjumpa lagi kita :D


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

FOLLOW+ DASHBOARD♥