Tuesday, 16 October 2012

MINGGU 5 : ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER

Hye kawan-kawan. jangan lupa jawab salam k :) hehehe. minggu kelima merupakan minggu yang agak sibuk sebab kami dikehendaki untuk mencari segala maklumat yang Pn. Hafizah telah berikan kepada setiap kumpulan masing2. Jadi saya dan pasangan tugasan saya dikehendaki untuk mencari maklumat tentang 
"ETIKA DALAM PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER"
Oleh itu, dibawah ini merupakan hasil maklimat yang kami dpat. Harap dapat dikongsiakan kepada kawan kawan yang lain. Selamat membaca =)


Apa itu etika dalam penggunanaan internet dan komputer?
Etika ialah tatacara atau disiplin yang ditunjukkan seseorang individu dalam sesuatu penggunaan seperti penghantaran email kepada orang atasan perlulah digunakan secara formal dan berbeza dengan kawan-kawan kita tidak perlu menghantar email secara formal.
Tatacara penggunaan internet
(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN
untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang
disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di
bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan

(b)Privasi pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan,
memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa
kebenaran.

(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna
yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi
maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan
daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.

(d) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan
terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.


(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan
kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.

(f)Muat naik bahan(Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan
mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti
perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan
yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang
dibenarkan oleh jabatan sahaja.

(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri
dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti
newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada
Ketua Jabatan. Perlu diingat maklumat yang dikongsi
melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah
bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan
keutuhan maklumat berkenaan.

Bagaimana untuk beretika dalam pengunaan internet dan komputer
1)      Respecting yourself
Pastikan anda tidak melanggar amanah yang diberikan,contohnya seseorang individu itu mendedahkan kata laluan yang diberikan kepadanya.
2)      Respecting others
hindarkan diri daripada menganggu atau mengancam system orang lain
3)      Respecting academic intergriti
patuhi hak cipta yang telah disediakan


 Bila etika penggunaan internet dan komputer diaplikasikan
1.   Penulisan Email
Dalam penulisan email kita perlu mengikuti etika-etika penulisan antaranya penulisan email dengan pensyarah.Contohnya penulisan dengan pensyarah kita perlulah menggunakan perkataan formal dan tidak menggunakan huruf kecil atau besar semua apabila menghantar email.
2.      .Penulisan blog
Blog juga merupakan penulisan yang melibatkan orang ramai yang membacanya,oleh itu pelajar mahupun pensyarah mestilah menjaga etika dalam penulisan blog.Walaupun penulisan blog tidaklah mementingkan gaya penulisan kita juga harus menjaga etika supaya blog yang ditulis tidak berunsurkan benda-benda yang tidak elok.Pelajar-pelajar mahupun pensyarah harus menunjukkan sikap yang elok semasa penulisan blog kerana melalui penulisanlah menunjukkan kebijaksanaan dan keperibadian seseorang itu.




Kenapa Pentingnya Etika Dalam penggunaan Internet
 Perkembangan internet yang begitu pesat memerlukan etika dalam penggunaan internet. Berikut ini adalah beberapa alasan pentingnya etika yang perlu dipatuhi. 
a. Pengguna internet berasal dari pelbagai negara yang mempunyai budaya, bahasa dan adat istiadat yang berbeza. 
b. Pengguna internet merupakan orang yang hidup dalam anonymouse, yang memerlukan pernyataan identiti asli dalam berinteraksi . Identiti yang palsu adalah salah disisi penggunaan internet.
c. Bermacam kemudahan di internet membolehkan seseorang untuk bertindak beretika atau tidak beretika seperti melayari laman web lucah, dan sebagainya.
d. Harus diperhatikan bahawa pengguna internet akan bertambah setiap saat yang membolehkan kemasukan ‘pengguna’ baru. Oleh seba itu, kita dikehendaki untuk memastikan segala maklumat kita adalah benar.
e. Bagi penggunaan etika dalam pendidikan khususnya untuk pelajar,ini akan dapat membantu pelajar tersebut untuk membuat segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah mengikut etika penggunaan internet.

Siapa Yang Perlu Menggunakan Etika Dalam Penggunaan Internet
Semestinya semua pengguna internet hendaklah mematuhi etika penggunaan internet. Akan tetapi jika dikhususkan pengguna internet ini terbahagi kepada 4 iaitu :-
1.      Pelajar dan Pensyarah
Bagi pelajar amatlah penting untuk mengamalkan etika dalam penggunaan internet kerana ini melibatkan urusan rasmi atau formal.
Sebagai contoh, pelajar tersebut hendak menghantar email kepada pensyarah yang pastinya menggunakan internet sebagai penghantaran. Dengan itu, pelajar tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat atau identiti yang perlu disertakan didalam email tersebut adalah benar. Jadi, pensyarah dapat mengenali pelajar tersebut .

2.      Kakitangan Kerajaan
Kakitangan kerajaan juga hendaklah mengikut etika penggunaan internet agar segala urusan rasmi antara kerajaan dapat dijalankan dengan berkesan.

3.      Orang awam
Orang awam atau pengguna-pengguna internet yang lain di luar sana juga ramai yang menggunakan internet. Kebanyakan daripada mereka adalah tidak dikenali. Oleh itu, bagi pengguna internet yang lain juga hendaklah mematuhi etika penggunaan internet dan tidak menyalahgunakan internet.


Dimana Etika Penggunaan Internet Ini Perlu Diaplikasikan
1.Sekolah/Universiti
Sudah semestinya dalam sektor pendidikan, penggunaan internet sekarang sudah menjadi salah satu alat bantuan pembelajaran bagi pelajar dan pendidik. Oleh itu, etika dalam penggunaan internet amatlah diperlukan agar dapat melambangkan identiti seorang pelajar/pengajar tersebut.


2.Tempat awam
Apa yang dimaksudkan tempat awam ialah temoat dimana setiap pengguna yang ingin menggunakan internet hendaklah sentiasa mematuhi etika penggunaannya. Jangan menyalahgunakan penggunaan internet yang disediakan. Ini akan menjadikan imej individu tersebut buruk.



 hmm, macam mana ? dah habis baca dah ? hope dapat kongsi apa yang penting . :) 

jadi, kesimpulannya. INGAT !! silalah beretika ketika menggunakan internet. jangan menyalahgunakan kemudahan ini. 

akhir kata, selamat malam semua. mengantuk sudah :) hehe. semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum :D















TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

No comments:

FOLLOW+ DASHBOARD♥