Tuesday, 9 October 2012

MINGGU 4 : GOOGLE SCHOLAR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BESTARI =) 


Sebelum bercerita tentang GOOGLE SCHOLAR,saya nak tanya,kenapa salam bestari bukan salam sejahtera ? =D sebab bestari merupakan trademark bagi kolej kami. KOLEJ AMINUDDIN BAKI :) Amin Bestari. Itu setiap kali hantar email atau blog mesti ada salam bestari. ngee. okay, back to topic. Pada minggu keempat, Pn.Hafizah telah menerangkan kepada kami apa itu GOOGLE SCHOLAR dan penggunaannya.


Google Scholar ialah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh GOOGLE untuk mencari artikal atau bahan ilmiah yang diperlukan. Kita tidak perlu untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat tersebut. Ini memudahkan kita untuk memperolehinya walau dimana kita berada. Mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan Google Scholar ini.

Pertama sekali, perhatikan barisan option pada homepage google. anda akan lihat WEBS, IMAGE, GMAIL, dan seterusanya. Cuba anda tekan pada MORE, kemudian pilih SCHOLAR. Seperti gambar dibawah. 

ikut urutan nombor diatas k ;) 



maka, keluar lah seperti ini.

Mudah bukan ? hehePenggunaan Google Scholar ini hanyalah terhad untuk pencarian bahan akademik seperti ARTIKEL,TESIS, JURNAL DAN ACADEMIC PUBLISHER . Dengan itu, Pn.Hafizah telah mengajar kami cara-cara untuk mencari jurnal atau artikel dengan menggunakan scholar ini.

Selain itu, kami telah diajar untuk menggunakan kemudahan yg disediakan oleh UKM untuk mencari sumber ilmiah melalui online, tidak perlu pergi ke Perpustakaan. Betapa bertuahnya kita kerana berada di UKM, hehe :D

Mari kita belajar bagaimana untuk menggunakannya :

  1. Sila pergi ke e-warga
  2. Scroll down dan lihat dikiri , anda akan menjumpai perpustakaan UKM, klik situ k :) 
  3. Masukkan User Id dan password yang telah didaftarkan.
  4. Kemudian anda dikehendaki untuk mencari  ProQuest Education Journal & Eric Plus Text
  5. Akhir sekali, anda boleh lah mencari tajuk jurnal yang anda inginkan didalam search box tersebut.

Senang kan ? Selamat mencuba kawan-kawan :)
Kemudahan ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada samaada di rumah, kampung atau dimana-mana. 



Akhir sekali, selepas diajar tentang pencarian ini, kami dikehendaki untuk menyelesaikan tugas yg diberi iaitu mencari segala yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan mengikut kumpulan masing2. Kumpulan kami dkehendaki untuk mencari tentang 
INTERNET DAN KOMPUTER.  Didalam pencarian tersebut, kami dikehendaki untuk mencari apa,kenapa,bagaimana,siapa,dimana dan bila penggunaan internet dan komputer ini. 

Sekian dahulu perkongsian hari ini. Semoga kita jumpa lagi. Diharapkan segala perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. Assalamualaikum dan selamat malam =) 


~ good nytez ~ 





TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)

No comments:

FOLLOW+ DASHBOARD♥