Tuesday, 23 October 2012
MINGGU 7 : PENGENALAN SPSS
MINGGU 6 : GOOGLE DOCS (SURVEY)
2) seterusnya...
tekan pada CREATE, pilih FORM.
3) Akhir sekali, anda boleh la membuat soalan-soalan menggunakan google docs ini.
anda boleh la membuat soalan, lebih 10 pon boleh tau. hehe. ini adalah salah satu kelebihan menggunakan GOOGLE DOCS ini :)
dibawah ini adalah contoh bagi soalan kami :)
minta kerjasama anda untuk menjawab , terima kasih kawan2. hehe.
sebagai kesimpulan, bagi pandangan saya, kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan masing-masing. bagi google doc, boleh membuat lebih daripada 10 soalan berbanding dengan survey monkey.
akan tetapi, survey monkey adalah lebih mudah digunakan dan pelbagai berbanding dengan google docs. jadi, tidak kisah untuk kita menggunakan yang mana satu. apa yang penting adalah kita mengetahui dan boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan.
setakat ini sahaja perkongsian saya pada malam ini. semoga berjumpa lagi. assalamualaikum :D
MINGGU 6 : SURVEY MONKEY
Survey monkey ini ialah satu perisian percuma yang boleh digunakan oleh semua orang untuk membuat kajian atau tinjauan terutamanya pelajar. Format yang digunakan adalah lebih memudahkan untuk kita membuat soalan.
BAGAIMANAKAH SURVEY MONKEY INI BOLEH DIDAPATKAN ?
jom explore bersama ! :D hehe
1) langkah pertama, anda dikehendaki untuk pergi ke laman web ini
2) seterusnya, anda dikehendaki mengisi beberapa maklumat untuk SIGN UP bagi yang pertama kali.
3) langkah ketiga
sila klik pada create survey untuk langkah seterusnya.
4) dan langkah terakhir adalah,
anda dikehendaki menulis tajuk untuk survey masing-masing dan memilih kategorinya.
minta kerjasama kawan=kawan supaya boleh menjawab soalan kami bagi membantu pemprosesan kami menggunakan perisian ini, hehe.
http://www.surveymonkey.com/s/DRKCN5T , klik taw !
terima kasih :) jumpa lagi. assalmualaikum~
Tuesday, 16 October 2012
MINGGU 5 : ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DAN KOMPUTER
Apa itu etika
dalam penggunanaan internet dan komputer?
Etika ialah tatacara atau disiplin yang ditunjukkan seseorang individu
dalam sesuatu penggunaan seperti penghantaran email kepada orang atasan
perlulah digunakan secara formal dan berbeza dengan kawan-kawan kita tidak
perlu menghantar email secara formal.
Tatacara
penggunaan internet
(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan
yang disediakan oleh JPN
untuk membantu melicinkan pentadbiran atau
memperbaiki perkhidmatan yang
disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa
semua aset ICT di
bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak
milik Kerajaan
(b)Privasi pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi
pengguna lain dengan tidak
menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai
fail, memecah kata laluan,
memasuki sistem komputer dan mengubah komponen
perisian tanpa
kebenaran.
(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan
mengesahkan identiti pengguna
yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan
komunikasi dan transaksi
maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk
melindungi maklumat Kerajaan
daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(d) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan
dengan bidang kerja dan
terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah
ditentukan ketepatan dan
kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber
internet hendaklah juga dinyatakan.
(f)Muat naik bahan(Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet
hendaklah disemak dan
mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum
dimuat naik.
(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas
bahan yang sah seperti
perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta
terpelihara. Sebarang bahan
yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan
untuk tujuan yang
dibenarkan oleh jabatan sahaja.
(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja
boleh melibatkan diri
dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan
perbincangan awam seperti
newsgroup dan bulletin board mestilah
mendapat pengesahan daripada
Ketua Jabatan. Perlu diingat maklumat yang dikongsi
melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap
pengguna mestilah
bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya
mengekalkan konsistensi dan
keutuhan maklumat berkenaan.
Bagaimana untuk beretika dalam pengunaan internet dan komputer
1)
Respecting yourself
Pastikan anda tidak melanggar amanah yang
diberikan,contohnya seseorang individu itu mendedahkan kata laluan yang
diberikan kepadanya.
2)
Respecting others
hindarkan diri daripada menganggu atau mengancam
system orang lain
3)
Respecting academic
intergriti
patuhi hak cipta yang telah disediakan
Bila etika penggunaan internet dan komputer
diaplikasikan
1.
Penulisan Email
Dalam
penulisan email kita perlu mengikuti etika-etika penulisan antaranya penulisan
email dengan pensyarah.Contohnya penulisan dengan pensyarah kita perlulah
menggunakan perkataan formal dan tidak menggunakan huruf kecil atau besar semua
apabila menghantar email.
2.
.Penulisan blog
Blog juga merupakan penulisan yang melibatkan orang ramai yang membacanya,oleh itu pelajar mahupun pensyarah mestilah menjaga etika dalam penulisan blog.Walaupun penulisan blog tidaklah mementingkan gaya penulisan kita juga harus menjaga etika supaya blog yang ditulis tidak berunsurkan benda-benda yang tidak elok.Pelajar-pelajar mahupun pensyarah harus menunjukkan sikap yang elok semasa penulisan blog kerana melalui penulisanlah menunjukkan kebijaksanaan dan keperibadian seseorang itu.
Blog juga merupakan penulisan yang melibatkan orang ramai yang membacanya,oleh itu pelajar mahupun pensyarah mestilah menjaga etika dalam penulisan blog.Walaupun penulisan blog tidaklah mementingkan gaya penulisan kita juga harus menjaga etika supaya blog yang ditulis tidak berunsurkan benda-benda yang tidak elok.Pelajar-pelajar mahupun pensyarah harus menunjukkan sikap yang elok semasa penulisan blog kerana melalui penulisanlah menunjukkan kebijaksanaan dan keperibadian seseorang itu.
Kenapa Pentingnya Etika Dalam penggunaan Internet
Perkembangan
internet yang begitu pesat memerlukan etika dalam penggunaan internet. Berikut ini adalah beberapa alasan
pentingnya etika yang perlu dipatuhi.
a. Pengguna internet berasal dari
pelbagai negara yang mempunyai budaya, bahasa dan adat istiadat yang berbeza.
b. Pengguna internet merupakan orang yang
hidup dalam anonymouse, yang memerlukan pernyataan identiti asli dalam
berinteraksi . Identiti yang palsu
adalah salah disisi penggunaan internet.
c. Bermacam kemudahan di internet
membolehkan seseorang untuk bertindak beretika atau tidak beretika seperti melayari laman web lucah, dan
sebagainya.
d. Harus diperhatikan bahawa pengguna
internet akan bertambah setiap saat yang membolehkan kemasukan ‘pengguna’ baru.
Oleh seba itu, kita dikehendaki untuk memastikan segala maklumat kita adalah
benar.
e.
Bagi penggunaan etika dalam pendidikan khususnya untuk pelajar,ini akan dapat
membantu pelajar tersebut untuk membuat segala tugasan yang diberikan oleh
pensyarah mengikut etika penggunaan internet.
Siapa Yang Perlu Menggunakan
Etika Dalam Penggunaan Internet
Semestinya
semua pengguna internet hendaklah mematuhi etika penggunaan internet. Akan
tetapi jika dikhususkan pengguna internet ini terbahagi kepada 4 iaitu :-
1.
Pelajar dan Pensyarah
Bagi pelajar amatlah penting untuk mengamalkan etika dalam
penggunaan internet kerana ini melibatkan urusan rasmi atau formal.
Sebagai contoh, pelajar tersebut hendak menghantar email kepada
pensyarah yang pastinya menggunakan internet sebagai penghantaran. Dengan itu,
pelajar tersebut hendaklah memastikan bahawa maklumat atau identiti yang perlu
disertakan didalam email tersebut adalah benar. Jadi, pensyarah dapat mengenali
pelajar tersebut .
2.
Kakitangan Kerajaan
Kakitangan kerajaan juga hendaklah mengikut etika penggunaan
internet agar segala urusan rasmi antara kerajaan dapat dijalankan dengan
berkesan.
3.
Orang awam
Orang awam atau pengguna-pengguna internet yang lain di luar sana
juga ramai yang menggunakan internet. Kebanyakan daripada mereka adalah tidak
dikenali. Oleh itu, bagi pengguna internet yang lain juga hendaklah mematuhi
etika penggunaan internet dan tidak menyalahgunakan internet.
Dimana Etika Penggunaan
Internet Ini Perlu Diaplikasikan
1.Sekolah/Universiti
Sudah
semestinya dalam sektor pendidikan, penggunaan internet sekarang sudah menjadi
salah satu alat bantuan pembelajaran bagi pelajar dan pendidik. Oleh itu, etika
dalam penggunaan internet amatlah diperlukan agar dapat melambangkan identiti
seorang pelajar/pengajar tersebut.
2.Tempat awam
Apa
yang dimaksudkan tempat awam ialah temoat dimana setiap pengguna yang ingin
menggunakan internet hendaklah sentiasa mematuhi etika penggunaannya. Jangan
menyalahgunakan penggunaan internet yang disediakan. Ini akan menjadikan imej
individu tersebut buruk.
hmm, macam mana ? dah habis baca dah ? hope dapat kongsi apa yang penting . :)
Tuesday, 9 October 2012
MINGGU 4 : GOOGLE SCHOLAR
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BESTARI =)
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI =)
Sebelum bercerita tentang GOOGLE SCHOLAR,saya nak tanya,kenapa salam bestari bukan salam sejahtera ? =D sebab bestari merupakan trademark bagi kolej kami. KOLEJ AMINUDDIN BAKI :) Amin Bestari. Itu setiap kali hantar email atau blog mesti ada salam bestari. ngee. okay, back to topic. Pada minggu keempat, Pn.Hafizah telah menerangkan kepada kami apa itu GOOGLE SCHOLAR dan penggunaannya.
Google Scholar ialah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh GOOGLE untuk mencari artikal atau bahan ilmiah yang diperlukan. Kita tidak perlu untuk pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat tersebut. Ini memudahkan kita untuk memperolehinya walau dimana kita berada. Mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan Google Scholar ini.
Pertama sekali, perhatikan barisan option pada homepage google. anda akan lihat WEBS, IMAGE, GMAIL, dan seterusanya. Cuba anda tekan pada MORE, kemudian pilih SCHOLAR. Seperti gambar dibawah.
ikut urutan nombor diatas k ;) |
maka, keluar lah seperti ini. |
Mudah bukan ? hehe. Penggunaan Google Scholar ini hanyalah terhad untuk pencarian bahan akademik seperti ARTIKEL,TESIS, JURNAL DAN ACADEMIC PUBLISHER . Dengan itu, Pn.Hafizah telah mengajar kami cara-cara untuk mencari jurnal atau artikel dengan menggunakan scholar ini.
Selain itu, kami telah diajar untuk menggunakan kemudahan yg disediakan oleh UKM untuk mencari sumber ilmiah melalui online, tidak perlu pergi ke Perpustakaan. Betapa bertuahnya kita kerana berada di UKM, hehe :D
Mari kita belajar bagaimana untuk menggunakannya :
- Sila pergi ke e-warga
- Scroll down dan lihat dikiri , anda akan menjumpai perpustakaan UKM, klik situ k :)
- Masukkan User Id dan password yang telah didaftarkan.
- Kemudian anda dikehendaki untuk mencari ProQuest Education Journal & Eric Plus Text
- Akhir sekali, anda boleh lah mencari tajuk jurnal yang anda inginkan didalam search box tersebut.
Senang kan ? Selamat mencuba kawan-kawan :)
Kemudahan ini boleh digunakan dimana sahaja anda berada samaada di rumah, kampung atau dimana-mana.
Akhir sekali, selepas diajar tentang pencarian ini, kami dikehendaki untuk menyelesaikan tugas yg diberi iaitu mencari segala yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan mengikut kumpulan masing2. Kumpulan kami dkehendaki untuk mencari tentang
INTERNET DAN KOMPUTER. Didalam pencarian tersebut, kami dikehendaki untuk mencari apa,kenapa,bagaimana,siapa,dimana dan bila penggunaan internet dan komputer ini.
Sekian dahulu perkongsian hari ini. Semoga kita jumpa lagi. Diharapkan segala perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kawan-kawan semua. Assalamualaikum dan selamat malam =)
~ good nytez ~ |
Thursday, 4 October 2012
MINGGU 3 : APA ITU GOOGLE DOCS ?
Assalamualaikum dan salam bestari semua :D
Hari ini saya ingin kongsikan apa itu GOOGLE DOCS ?
Google Docs merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan Google untuk keperluan pengurusan dokumen. Khususnya aplikasi office. Mulai dari pengolah kata (word processor), pengolah lembar kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation). Google Docs bukan hanya menyimpan sahaja, tetapi juga boleh digunakan untuk untuk memproses, menyimpan, membuat, meng-edit dokumen pejabat .
Bagi kefahaman saya pula, mengikut apa yang diterangkan oleh Pn. Hafizah ialah Google Docs ini merupakan salah satu cara untuk kita membuat assignment-assignment yang diberi. Kebiasaannya kita hanya menggunakan microsoft word, microsoft power point dan sebagainya. Jadi selain penggunaan microsoft yang sedia ada itu, boleh lah kita gunakan google docs ini. Akhir kata, marilah kita sama-sama gunakan aplikasi yang google sediakan ini :) Selamat mencuba kawan-kawan ~
semoga berjumpa lagi kawan-kawan. SENYUM SELALU :) assalamualaikum ~
Subscribe to:
Posts (Atom)